Wednesday 7 December 2011

Tarian traditional berbilang kaum di Malaysia





 
REFLEKSI

PENGENALAN

Hari ini saya telah menyediakan video dan merakam di dalam CD untuk mengajar murid saya tentang tarian traditional berbilang kaum di Malaysia . Saya ingin murid-murid menghayati dan mengetahui tarian traditional berbikang kaum di Malaysia . Sementara saya masuk ke dalam bilik darjah , saya mendapati situasi telah berlaku , iaitu tiada bekalan elektrik untuk blok ini , macam mana saya menyiarkan video ?

KEKUATAN/ KELEMAHAN
Sementara saya mendapati situasi ini berlaku , saya menukar bilik darjah ke blok lain . Nasib baik , blok itu terdapat bekalan elektrik . Selepas itu , saya pun membuka komputer dan ingin membuka video dengan CD Rom , pada masa ini , saya terdapati CD Rom untuk komputer ini adalah rosak , memang nasib tidak baik hari ini . Tetapi saya telah membuat penyediaan yang secukupnya , saya ada merakam video itu di dalam thumbdrive juga , nasib baik thumbdrive boleh dibuka dan proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan . Terdapat satu masalah lagi , iaitu gambar video tidak cukup jelas menyebabkan murid tidak faham terhadap tarian tersebut .

CARA MENGATASI

Pada lain kali , saya akan berhati-hati semasa menyediakan bahan bantu mengajar dengan tidak boleh menyediakan bahan yang memerlukan elektrik sahaja .Untuk masalah gambar video yang tidak cukup jelas , saya akan memilih video dengan teliti sebelum menunjuk kepada murid .



No comments:

Post a Comment