Wednesday, 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan Tahun 6

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

Mata Pelajaran    : Kajian Tempatan
Tarikh/Hari          : 28 April  2011 (Khamis) 
Masa                     : 10.50.-11.50 pagi (60 minit)
Darjah                  : 6 (11)
Bil Pelajar           : 48 orang
Tema/ Tajuk         : Bab 5 – Ekonomi Negara

Sub Tajuk             : 5.2        Kegiatan Ekonomi dan 
                                             Lokasi
                        5.2a        Perindustrian
                                                   i.      Industri ringan
                                                   ii.     Industri berat
                                                   iii.    Industri desa

Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran, 
                                    pelajar-pelajar dapat:         
          i. Menyatakan jenis-jenis bidang 
             industri negara kita. 
         ii. Menyenaraikan contoh-contoh 
             hasilan bidang industri.        
         iii.Menghuraikan nama kawasan
             industri dan jenis industrinya. 

Pengetahuan Sedia Ada :    i.  Para pelajar pernah membeli barang hasilan dari pasaran .        
                                              ii.Para pelajar pernah 
menyertai Hari Kantin  di sekolah .   

                                                               
BBM  :  Kad imbasan, peta Malaysia, peta minda, 
borang pengurusan grafik,  kertas lukisanalat 
lukis dan warna.
Nilai murni  :  Penghargaan ,cinta kepada negara ,
bersyukur dan berterima kasih .
.
KBKK  :  Menghubungkait, menjana idea dan membanding beza .

Unsur Patriotisme  : Menyedari bahawa kepelbagaian industri telah meningkatkan ekonomi di negara kita .

Strategi    : Berpusatkan bahan, guru dan pelajar

Kaedah    : Perbincangan kumpulan, 
intrapersonal, verbal linguistic, pembelajaran
koperatif ,  inkiuri , penemuan dan simulasi.

Kemahiran Bahasa   : Kemahiran belajar

Langkah
Isi Pengajaran
Aktiviti Pengajaran
Catatan/BBM
Set Induksi
(5 Minit)
Menunjukkan sekeping roti putih .
1.Guru mengeluarkan sekeping roti putih.

2.Murid memerhati.

3.Guru menanya murid dimanakah kami boleh mendapat roti .

4.Murid menjawab daripada kedai roti , kedai runcit , pasaraya dan kilang roti.

5.Guru menyatakan kepada murid bahawa kedai runcit dan pasaraya adalah tempat menjual roti,  kedai roti menghasilkan roti dengan kuantiti yang tidak banyak,manakala kilang roti adalah tempat yang menghasilkan roti dengan bilangan yang besar.

6.Guru menghuraikan perindustrian  .
KBKK:Menghubungkait

BBM: roti
Langkah 1
(10 minit)
Murid mencari maklumat
1.Guru mepamerkan kad imbasan yang mengandungi perkataan tentang jenis perindustrian di Negara kita, iaitu:
Industri memproses
Industri desa

Industri ringan
Industri berat






2.Murid diminta mencari maklumat dengan merujuk Buku Teks tentang contoh bagi setiap jenis industri di negara kita.

3. Murid diminta menggunakan maklumat tersebut untuk mengisikan maklumat yang diperoleh dalam peta minda di bawah


4.Guru memilih murid secara rawak untuk membentangkan peta minda bagi perbincangan kelas.
BBM: kad imbasan, peta minda



Kecerdasan :intrapersonal

Kemahiran belajar


Kecerdasan:
verbal linguistik
Langkah 2
(20 minit)
Aktiviti kumpulan
-membuat iklan kreatif
1.Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

2.Setiap kumpulan diminta membuat iklan kreatif”Belilah Barangan Buatan Malaysia” berdasarkan hasil keluaran jenis industri di Negara kita.

3. Guru menunjukkan contoh-contoh untuk rujukan murid.
4.Murid menjalankan aktiviti kumpulan,guru mengedarkan tajuk kepada ketua kumpulan.
Kumpulan1Hasil industri memproses dalam bentuk iklan TV.
Kumpulan 2:  Hasil industri berat dalam bentuk brosur.
Kumpulan 3: Hasil industri ringan dalam bentuk poster.
Kumpulan : Hasil industri desa dalam bentuk “window pane”

5.Wakil kumpulan menjalankan kempen mempromosikan barangan berdasarkan jenis industri di Negara kita.
BBM:Kertas Lukisanalat lukis dan warna








Simulasi
Langkah 3
(12 minit)
Peta kawasan dan jenis industri.
1.Guru mengedarkan peta Malaysia kosong kepada setiap kumpulan yang telah dibentuk.


2.Murid diminta merujuk Buku teks untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan dan jenis industri.

3.Berdasarkan maklumat yang diperoleh , kumpulan diminta menandakan kawasan dan jenis industri dalam peta Malaysia yang kosong.
BBM: Peta Malaysia


Inkuiri penemuan



Kemahiran belajar
Langkah 4
(10 minit)
Murid melengkapkan boring pengurusan grafik tentang jenis industri, lokasi dan produk.
1.Murid diminta melengkap borang pengurusan grafik tentang jenis industri, lokasi dan produk yang dihasilkan.

Jenis industri
Lokasi
Produk/Hasilan













2.Murid diminta membentangkan dapatan di hadapan kelas.

3.Guru memberi penjelasan tentang jawapan murid.
Kemahiran belajar

BBM: Borang pengurusan grafik







Kecerdasan:verbal linguistik
Penutup
(3 minit)
Menilai rumusan
1.Murid merumuskan hasil pembelajaran dengan menyatakan jenis dan contoh lokasi perindustrian di Negara kita.

2.Guru menilai rumusan murid dan membuat ulasan lanjutan.


REFLEKSI
PENGENALAN
Hari ini saya ingin mengajar murid saya tentang Bidang Perindustrian di negara kita . Ia terbahagi kepada perindustrian berat , perindustrian ringan dan perindustrian desa .

KEKUATAN
Pada permulaan , saya mengambil roti putih keluar , perbuatan ini telah dapat menarik minat  murid saya terhadap pengajaran ini , mereka begitu aktif dengan melibatkan diri dalam aktiviti . Selain itu , pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat menyatakan jenis-jenis bidang industri negara kita , menyenaraikan contoh-contoh hasilan bidang industri dan menghuraikan nama kawasan industri dan jenis bahan industrinya. Murid-murid juga aktif melibatkan diri semasa membuat iklan kreatif demi dapat menyatakan jenis-jenis bidang industri negara kita. Selain itu, murid-murid juga dapat menyenaraikan contoh-contoh hasilan yang diproses di dalam bidang industri . Dengan itu, objektif pembelajaran tercapai.Pada langkah 4 , murid dapat melengkapkan borang pengurusan grafik tentang jenis industri ,lokasi dan produk yang dihasilkan . Dengan bimbingan guru, murid berjaya juga menyatakan jenis industri dan lokasinya .

KELEMAHAN 
Aktiviti dalam langkah 2 , iaitu murid diminta membuat iklan kreatif , ini lebih sukar terhadap tahap murid-murid darjah 6 .Hasilan mereka tidaklah begitu menarik dan isi kandungannya kurang tepat dengan tajuk mereka . Dalam langkah 3 , peta Malaysia yang diedarkan kepada setiap kumpulan adalah terlalu kecil . Kejadian ini menyebabkan kad jawapan tidak mempunyai ruangan yang cukup untuk memuatkan semua kad jawapan. 

CARA MENGATASI 
Pada lain kali , saya akan menggunakan komputer untuk mempamerkan peta dengan skrin kerana ia dapat membesarkan peta dan saya tidak perlu belanja sebarang kos untuk membeli peta . Kemudiannya saya akan menyediakan nama kawasan tempat perindustrian tersebut untuk murid-murid melekat . Untuk masalah langkah kedua , saya akan menyediakan contoh yang lebih banyak untuk memberi idea kepada mereka ataupun membimbing mereka untuk mengatasi masalah tersebut .

2 comments: