Wednesday, 7 December 2011

1·2·3·4·5





 
REFLEKSI

Pengenalan
Saya mengajar Pendidikan Seni Tahun 5 dan kelas ini dikira agak lemah , oleh sebab itu , saya kurang menggunakan buku teks untuk mengajar mereka , kerana saya mendapati mereka sukar menguasai kemahiran yang terdapat di dalam buku teks .

Kekuatan
Objektif saya adalah mereka dapat mewarna gambar dengan menggunakan warna sekunder .Pada kali ini , saya telah menyediakan gambar yang secukupnya , , iaitu 5 keping 1 , 5 keping 2 , 5 keping 3 , 5 keping 4 dan 5 keping 5 . Untuk menarik minat mereka , saya bagi mereka memilih nombor dengan sesukahati . Mereka memilih gambar dengan bertolak ansur , saya pun berasa sangat puas hati .

Kelemahan
Selepas mengajar tentang konsep warna sekunder dan cara mencampur warna , murid pun bermula mewarna gambar-gambar tersebut . Saya mendapati ada murid tidak memahami konsep warna sekunder dan juga ada murid yang bermain alatan warna dia.

Cara Mengatasi
Saya memahami tadi saya menjelas dengan menggunakan perkataan , mungkin murid tersebut tidak memahami , oleh sebab itu , saya akan menjelaskan konsep warna sekunder semula dengan menggunakan gambar . Selain itu , saya akan menjelaskan peraturan-peraturan semasa belajar di bilik darjah sebelum pengajaran bermula .

No comments:

Post a Comment