Wednesday, 7 December 2011

1·2·3·4·5





 
REFLEKSI

Pengenalan
Saya mengajar Pendidikan Seni Tahun 5 dan kelas ini dikira agak lemah , oleh sebab itu , saya kurang menggunakan buku teks untuk mengajar mereka , kerana saya mendapati mereka sukar menguasai kemahiran yang terdapat di dalam buku teks .

Kekuatan
Objektif saya adalah mereka dapat mewarna gambar dengan menggunakan warna sekunder .Pada kali ini , saya telah menyediakan gambar yang secukupnya , , iaitu 5 keping 1 , 5 keping 2 , 5 keping 3 , 5 keping 4 dan 5 keping 5 . Untuk menarik minat mereka , saya bagi mereka memilih nombor dengan sesukahati . Mereka memilih gambar dengan bertolak ansur , saya pun berasa sangat puas hati .

Kelemahan
Selepas mengajar tentang konsep warna sekunder dan cara mencampur warna , murid pun bermula mewarna gambar-gambar tersebut . Saya mendapati ada murid tidak memahami konsep warna sekunder dan juga ada murid yang bermain alatan warna dia.

Cara Mengatasi
Saya memahami tadi saya menjelas dengan menggunakan perkataan , mungkin murid tersebut tidak memahami , oleh sebab itu , saya akan menjelaskan konsep warna sekunder semula dengan menggunakan gambar . Selain itu , saya akan menjelaskan peraturan-peraturan semasa belajar di bilik darjah sebelum pengajaran bermula .

Pakaian traditonal


 
REFLEKSI

PENGENALAN
Hari ini saya telah menyediakan beberapa pakaian traditional untuk mengajar murid saya tentang pakaian teraditional berbilang kaum di Malaysia . Saya ingin murid-murid menghayati dan mengetahui pakaian traditional berbikang kaum di Malaysia .

KEKUATAN
Semasa saya mengambil baju keluar , semua murid saya terkejut tetapi gembira . Semasa saya bertanya mereka sesiapa ingin bercuba untuk memakai , mereka sangat aktif . saya berasa pengajaran ini sangat berjaya , murid saya sangat berminat dengan pakaian traditional ini . Saya memberi peluang bagi mereka memakai baju traditional dan berdiri di depan bilik darjah . Semasa langkah penutup , saya menanya nama dan kaum untuk pakaian itu , semua murid dapat menjawab . Hari ini , saya sangat gembira , sebab objektif pengajaran tercapai .

KELEMAHAN
Terdapat murid yang tidak dapat peluang untuk memakai pakaian traditional tersebut berasa kecewa .

CARA MENGATASI
Saya berjanji dengan mereka , saya akan memberi peluang bagi mereka membuat persembahan semasa Malam Kebudayaan .

Tarian traditional berbilang kaum di Malaysia





 
REFLEKSI

PENGENALAN

Hari ini saya telah menyediakan video dan merakam di dalam CD untuk mengajar murid saya tentang tarian traditional berbilang kaum di Malaysia . Saya ingin murid-murid menghayati dan mengetahui tarian traditional berbikang kaum di Malaysia . Sementara saya masuk ke dalam bilik darjah , saya mendapati situasi telah berlaku , iaitu tiada bekalan elektrik untuk blok ini , macam mana saya menyiarkan video ?

KEKUATAN/ KELEMAHAN
Sementara saya mendapati situasi ini berlaku , saya menukar bilik darjah ke blok lain . Nasib baik , blok itu terdapat bekalan elektrik . Selepas itu , saya pun membuka komputer dan ingin membuka video dengan CD Rom , pada masa ini , saya terdapati CD Rom untuk komputer ini adalah rosak , memang nasib tidak baik hari ini . Tetapi saya telah membuat penyediaan yang secukupnya , saya ada merakam video itu di dalam thumbdrive juga , nasib baik thumbdrive boleh dibuka dan proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan . Terdapat satu masalah lagi , iaitu gambar video tidak cukup jelas menyebabkan murid tidak faham terhadap tarian tersebut .

CARA MENGATASI

Pada lain kali , saya akan berhati-hati semasa menyediakan bahan bantu mengajar dengan tidak boleh menyediakan bahan yang memerlukan elektrik sahaja .Untuk masalah gambar video yang tidak cukup jelas , saya akan memilih video dengan teliti sebelum menunjuk kepada murid .



Thursday, 1 December 2011

Saya membuat Powerpoint ini untuk mengajar murid saya ( Bahasa Cina )

http://www.slideshare.net/MissLeefang/upsr

http://www.slideshare.net/MissLeefang/ss-10412268

http://www.slideshare.net/MissLeefang/ss-10412278

http://www.slideshare.net/MissLeefang/ss-10412294

http://www.slideshare.net/MissLeefang/ss-10412330

http://www.slideshare.net/MissLeefang/ss-10412393

http://www.slideshare.net/MissLeefang/ss-10412492

http://www.slideshare.net/MissLeefang/simpulan-bahasa-10412014


Saya ingin berkongsi Powerpoint yang saya buat dengan rakan-rakan di sini , harap mereka dapat digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran kamu sekalian .

Friday, 25 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan Tahun 6 ( 5.5.2011)

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

Mata Pelajaran           : Kajian Tempatan
Tarikh/Hari                 : 5 Mei   2011 (Khamis)
Masa                           : 10.50.-11.50 pagi (60 minit)
Darjah                        : 6 (11)
Bil Pelajar                  : 48 orang
Tema/ Tajuk                : Bab 5 – Ekonomi Negara
Sub Tajuk                   : 5.2      Kegiatan Ekonomi dan Lokasi
                                       5.2b  Pertanian
i.              Penanaman
ii.            Penternakan
iii.          Perikanan

Hasil Pembelajaran      : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:
i.                    Menyatakan jenis kegiatan pertanian di 
negara kita.
ii.                  Menamakan aktiviti pertanian dan 
lokasinya.
iii.                Menyenaraikan hasil yang diperoleh 
daripada kegiatan pertanian

Pengetahuan Sedia Ada : i.Murid telah biasa melihat  hasilan 
                                        pertanian dalam kehidupan harian.
                                      ii.Semua murid pernah makan 
            hasilan pertanian.

BBM                             : KeropokKad tugasan, kaset lagu
                                       “Keranamu  Malaysia”,  gambar-
                                       gambar , radio,kad manila untuk  
                                       carta bergambar,kertas mahjong dan  
                                       pen marker.

Nilai murni                    : Penghargaan , berterima kasih , 
                     bersyukur ,  cinta kepada negara dan 
                     kerajinan .

KBKK                             : Menghubungkait, menyelesaikan masalah 
                                       dan membandingbeza .

Unsur Patriotisme           : Menghargai hasil keluaran pertanian negara.

Strategi                        : Berpusatkan  guru dan pelajar
         
Kaedah                         : Perbincangan kumpulan , intrapersonal

Kemahiran                      : Kemahiran mendengar , kemahiran membaca
                                     kemahiran menjawab


Langkah
Isi Pengajaran
Aktiviti Pengajaran
Catatan/BB

Set induksi
(5 minit)

Murid makan keropok dan menyebut kandungannya.



1.Guru mengedarkan keropok kepada murid untuk dimakan.

2.Murid diminta menjelaskan bahan utama kandungan makanna tersebut.

3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.



KBKK: memghubungkait

BBM: keropok
Langkah 1
(15 minit)
Gambar kegiatan pertanian
1.Guru menunjukkan pelbagai gambar kegiatan ekonomi utama negara.

2.Murid memerhatikan gambar.

3.Guru menerangkan kegiatan ekonomi.

4.Murid diminta menyatakan jenis-jenis kegiatan ekonomi utama Negara berdasarkan gambar.

BBM: gambar-gambar
Langkah 2
(10 minit)
Murid mendengar pita rakaman
1.Guru memperdengarkan pita rakaman berkaitan dengan beberapa jenis bunyi.
Contoh:
-Bunyi haiwan ternakan seperti ayam dan lembu.
-Bunyi jentera pembajak
-Bunyi ombak

2.Guru mengaitkan jawapan murid dengan jenis-jenis kegiatan pertanian iaitu:
-penternakan
-penanaman
-perikanan

KBKK: membanding beza

BBM:pita rakaman, radio


Kemahiran mendengar
Langkah 3
(15 minit)
Aktiviti kumpulan
1.Murid diarahkan berpecah kepada 3 kumpulan.

Kumpulan 1: Menyenaraikan hasil-hasil yang diperolehi daripada kegiatan penanaman.

Kumpulan 2: Menyenaraikan hasil yang  diperolehi daripada kegiatan penternakan.

Kumpulan 3: Menyenaraikan hasil yang diperolehi daripada kegiatan perikanan.

4. Guru memberi panduan.

KBKK: menyelesaikan masalah

BBM: kertas mahjong, pen marker

Perbincangan kumpulan
Langkah 4
(10 minit)
Murid membentangkan hasilan
1.Murid membentangkan hasil kerja kumpulan.

2. Guru merumus serta memberi maklumat tambahan tentang kegiatan pertanian.

Kemahiran menjawab
Penutup
( 5 minit)
Masa soal-jawab
1.Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pelajaran hari ini.

2.Murid menyanyi lagu “ Keranamu Malaysia”

BBM:radio, kata lagu


REFLEKSI
PENGENALAN
Hari ini saya mengajar tentang pertanian negara kita , saya amat suka subtopik ini kerana pertanian membawa perkembangan ekonomi kepada negara kita dan membawa makanan kepada rakyat Malaysia .

KEKUATAN
Pada langkah set induksi , saya memberi setiap murid sekeping keropok , murid berasa gembira sebab boleh makan pada waktu pengajaran.Ini telah menarik hati mereka untuk mengetahui apakah tajuk yang inign ajar pada waktu itu .Pada langkah 2 , saya menunjukkan gambar jenis-jenis kegiatan ekonomi yang berwarna-warni dan saiz besar . Ini juga membantu murid lebih memahami ajaran saya .Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat menyatakan jenis kegiatan pertanian di negara kita, menamakan aktiviti pertanian dan lokasinya dan menyenaraikan hasil yang diperoleh daripada kegiatan pertanian . Pada langkah penutup , murid amat suka menyanyi , mereka menyanyi “ Keranamu Malaysia ” dengan suara yang kuat dan nyaring .


KELEMAHAN
Pada langkah 3 , saya meminta murid mendengar beberapa jenis bunyi rakaman , tetapi fungsi speaker radio itu tidak begitu baik , ini menyebabkan murid yang duduk di belakang tidak dengar dengan jelas dan suasana kelas menjadi bising .

CARA MENGATASI
Sebelum bermula proses pengajaran dan pembelajaran , saya akan bercuba alat bantu mengajar saya , jika ada masalah , saya akan menggunakan alat lain , contohnya speaker komputer .