Friday, 25 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan Tahun 6 ( 5.5.2011)

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

Mata Pelajaran           : Kajian Tempatan
Tarikh/Hari                 : 5 Mei   2011 (Khamis)
Masa                           : 10.50.-11.50 pagi (60 minit)
Darjah                        : 6 (11)
Bil Pelajar                  : 48 orang
Tema/ Tajuk                : Bab 5 – Ekonomi Negara
Sub Tajuk                   : 5.2      Kegiatan Ekonomi dan Lokasi
                                       5.2b  Pertanian
i.              Penanaman
ii.            Penternakan
iii.          Perikanan

Hasil Pembelajaran      : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:
i.                    Menyatakan jenis kegiatan pertanian di 
negara kita.
ii.                  Menamakan aktiviti pertanian dan 
lokasinya.
iii.                Menyenaraikan hasil yang diperoleh 
daripada kegiatan pertanian

Pengetahuan Sedia Ada : i.Murid telah biasa melihat  hasilan 
                                        pertanian dalam kehidupan harian.
                                      ii.Semua murid pernah makan 
            hasilan pertanian.

BBM                             : KeropokKad tugasan, kaset lagu
                                       “Keranamu  Malaysia”,  gambar-
                                       gambar , radio,kad manila untuk  
                                       carta bergambar,kertas mahjong dan  
                                       pen marker.

Nilai murni                    : Penghargaan , berterima kasih , 
                     bersyukur ,  cinta kepada negara dan 
                     kerajinan .

KBKK                             : Menghubungkait, menyelesaikan masalah 
                                       dan membandingbeza .

Unsur Patriotisme           : Menghargai hasil keluaran pertanian negara.

Strategi                        : Berpusatkan  guru dan pelajar
         
Kaedah                         : Perbincangan kumpulan , intrapersonal

Kemahiran                      : Kemahiran mendengar , kemahiran membaca
                                     kemahiran menjawab


Langkah
Isi Pengajaran
Aktiviti Pengajaran
Catatan/BB

Set induksi
(5 minit)

Murid makan keropok dan menyebut kandungannya.



1.Guru mengedarkan keropok kepada murid untuk dimakan.

2.Murid diminta menjelaskan bahan utama kandungan makanna tersebut.

3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.



KBKK: memghubungkait

BBM: keropok
Langkah 1
(15 minit)
Gambar kegiatan pertanian
1.Guru menunjukkan pelbagai gambar kegiatan ekonomi utama negara.

2.Murid memerhatikan gambar.

3.Guru menerangkan kegiatan ekonomi.

4.Murid diminta menyatakan jenis-jenis kegiatan ekonomi utama Negara berdasarkan gambar.

BBM: gambar-gambar
Langkah 2
(10 minit)
Murid mendengar pita rakaman
1.Guru memperdengarkan pita rakaman berkaitan dengan beberapa jenis bunyi.
Contoh:
-Bunyi haiwan ternakan seperti ayam dan lembu.
-Bunyi jentera pembajak
-Bunyi ombak

2.Guru mengaitkan jawapan murid dengan jenis-jenis kegiatan pertanian iaitu:
-penternakan
-penanaman
-perikanan

KBKK: membanding beza

BBM:pita rakaman, radio


Kemahiran mendengar
Langkah 3
(15 minit)
Aktiviti kumpulan
1.Murid diarahkan berpecah kepada 3 kumpulan.

Kumpulan 1: Menyenaraikan hasil-hasil yang diperolehi daripada kegiatan penanaman.

Kumpulan 2: Menyenaraikan hasil yang  diperolehi daripada kegiatan penternakan.

Kumpulan 3: Menyenaraikan hasil yang diperolehi daripada kegiatan perikanan.

4. Guru memberi panduan.

KBKK: menyelesaikan masalah

BBM: kertas mahjong, pen marker

Perbincangan kumpulan
Langkah 4
(10 minit)
Murid membentangkan hasilan
1.Murid membentangkan hasil kerja kumpulan.

2. Guru merumus serta memberi maklumat tambahan tentang kegiatan pertanian.

Kemahiran menjawab
Penutup
( 5 minit)
Masa soal-jawab
1.Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pelajaran hari ini.

2.Murid menyanyi lagu “ Keranamu Malaysia”

BBM:radio, kata lagu


REFLEKSI
PENGENALAN
Hari ini saya mengajar tentang pertanian negara kita , saya amat suka subtopik ini kerana pertanian membawa perkembangan ekonomi kepada negara kita dan membawa makanan kepada rakyat Malaysia .

KEKUATAN
Pada langkah set induksi , saya memberi setiap murid sekeping keropok , murid berasa gembira sebab boleh makan pada waktu pengajaran.Ini telah menarik hati mereka untuk mengetahui apakah tajuk yang inign ajar pada waktu itu .Pada langkah 2 , saya menunjukkan gambar jenis-jenis kegiatan ekonomi yang berwarna-warni dan saiz besar . Ini juga membantu murid lebih memahami ajaran saya .Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat menyatakan jenis kegiatan pertanian di negara kita, menamakan aktiviti pertanian dan lokasinya dan menyenaraikan hasil yang diperoleh daripada kegiatan pertanian . Pada langkah penutup , murid amat suka menyanyi , mereka menyanyi “ Keranamu Malaysia ” dengan suara yang kuat dan nyaring .


KELEMAHAN
Pada langkah 3 , saya meminta murid mendengar beberapa jenis bunyi rakaman , tetapi fungsi speaker radio itu tidak begitu baik , ini menyebabkan murid yang duduk di belakang tidak dengar dengan jelas dan suasana kelas menjadi bising .

CARA MENGATASI
Sebelum bermula proses pengajaran dan pembelajaran , saya akan bercuba alat bantu mengajar saya , jika ada masalah , saya akan menggunakan alat lain , contohnya speaker komputer .

Thursday, 24 November 2011

Biodata diri

     Nama kumpulan                        : Group EL - J13   
                                   
     Nama                                           : Kerk Lee Fang

     No. Matrik                                   : D20102045641

     Sekolah mengajar                    : SJK(c) Pei Hwa

Subjek yang diajar di sekolah   : Bahasa Cina , Matematik , Pendidikan Moral , Kajian Tempatan,Penendidikan Seni,Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan .  
 
     Email address                            : leefang045641@siswa.upsi.edu.my
                                                               
     Maktab terdahulu                      : Maktab Perguruan Tengku Ampuan 
                                                          Afzan

Blog saya mengandungi rancangan harian , refeksi tentang pengajaran , video , cerita , gambar dan lain-lain lagi . Harap kawan-kawan menikmati blog saya .

Thursday, 10 November 2011

Bahan mengajar










Gambar yang begitu bercorak dan berwarna-warni . Saya telah menggunakan mereka untuk mengajar Matematik , didapati murid saya telah dapat kemajuan dalam keputusan peperiksaan mereka .

Bahan mengajar




Saya suka bahan mengajar ini kerana ia dapat menarik perhatian murid saya, saya akan bersedia bahan mengajar ini untuk mengajar murid saya .